IJTIHAD
Kesan
perkembangan dan kelahiran tokoh baru telah memberi ruang yang baik kepada umat
Islam, di mana walaupun sesebuah negara telah menetapkan sesuatu aliran mazhab
di negara mereka. Ijtihad merupakan perkara yang penting di dalam pembinaan
hukum. Ijtihad sentiasa berkembang mengikut kesesuaian masa, keadaan dan
tempat. Oleh itu ijtihad merupakan suatu kehujahan dalam pembinaan hukum kerana
ijmak juga berdasarkan ijtihad dan ijtihad itu sendiri diharuskan oleh syarak. baca juga: BELAJAR BAHASA ARAB UNTUK PEMULA
Pengertian Ijtihad
Ijtihad dapat didefinisikan kepada dua bahagian iaitu dari segi bahasa dan istilah. Dari segi bahasa ia muncul dari bahasa Arab iaitu al-ijtihad yang bermaksud mengerahkan usaha untuk sampai kepada satu perkara yang susah. Ijtihad dalam definisi yang lain juga menyebutkan bahawa keupayaan untuk mengerahkan seluruh kemampuan dan potensi untuk sampai pada suatu perkara ataupun perbuatan. Ijtihad juga membawa maksud bersungguh-sungguh, mencurahkan pemikiran, menghabiskan kesanggupan. baca juga: PENYAIR ARAB "UMRU'UL QAIS"

Selain
daripada itu, ijtihad juga boleh diertikan sebagai usaha seseorang mujtahid
dengan mengerahkan kemampuan yang ada untuk memperoleh hukum syarak yang
berkaitan dengan perbuatan mukallaf melalui cara yang ditetapkan oleh syarak.
Berdasarkan pengertian yang dibahaskan di atas, dapatlah dirumuskan di
sini ijtihad yang dimaksudkan ialah mencurahkan segala akal pemikiran dan
kesungguhan untuk mendapatkan sesuatu hukum syarak mengenai sesuatu masalah
dengan jalan istinbat daripada al-Quran dan hadis. Lapangan ijtihad pula
mestilah kejadian yang tiada nas syarak yang jelas tentang hukumnya. Manakala
mujtahid pula ialah ahli fiqh yang mencurahkan kesungguhan dan ketekunan untuk
mendapatkan hukum syarak daripada sesuatu dalil terperinci, atau tafsili
daripada dalil-dalil syara’.
Sebagai
contoh, munculnya empat mazhab terkenal iaitu Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi,
Mazhab Syafie dan Mazhab Hanbali.
baca juga: kumpulan artikel Arab
baca juga: kumpulan artikel Arab
Comments
Post a Comment